Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1438H/ 2017

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

Sudah Ramadan yang ke-9 pada hari ini. Pantas sungguh masa berlalu. Ramadan bulan yang mulia. Bulan dimana rahmat Allah mencurah-curah dan pahala yang berganda untuk hamba-hambaNya dengan setiap amalan kebaikan yang dilakukan.
Aktiviti menjahit dan menulis dikurangkan pada bulan ini. Lebih kepada mengemaskini saja supaya lebih mesra pembaca. Mahu mencari ketenangan. Gitu.
Kebetulan kerja-kerja di pejapat juga datang seperti tsunami dan semuanya perlu disiapkan secepat mungkin. Terpaksa korbankan hujung minggu yang tenang nyaman ini untuk membuat kerja-kerja pejabat di rumah.
Cuba belajar untuk membahagikan masa dengan komitmen kerja, tanggunjawab sebagai suri rumah serta hobi waktu lapang yang semakin hari mahu belajar dan belajar sesuatu yang baru. Semoga dipermudahkan.
Selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca semua. Diharapkan segala amalan-amalan kebaikan kita diterima oleh Allah s.w.t hendaknya.  Aamin.

Soal Jawab Bersama OMJ (Oh Mesin Jahitku)

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

Sepanjang menulis blog dan berkongsi hasil jahitan, saya ada menerima email dari pembaca yang bertanyakan soalan. Saya siarkan di entri ini supaya mungkin di luar sana ada juga pembaca yang mempunyai soalan yang sama. Saya juga dalam proses belajar dan harap jawapan yang diberikan dapat membantu.
Soalan:
Mesin jahit apa yang sesuai untuk orang yang baru belajar menjahit?.
Jawapan:
Semua mesin jahit sesuai. Bergantung pada bajet untuk membelinya dan yang penting tahan lasak supaya boleh digunakan dalam jangkamasa yang lama. Mesin jahit tersebut sekurang-kurangnya perlu mempunyai fungsi jahitan lurus, jahitan zig-zag serta panjang jahitan (stitch length) yang boleh dilaras.

Jika sebelum ini tidak pernah guna mesin jahit idak perlu risau, boleh belajar perlahan-lahan.

Boleh baca di sini entri berkenaan pengalaman pertama kali saya membeli dan menggunakan mesin jahit.
Soalan:
Dimana nak dapatkan buku-buku asas menjahit?.
Jawapan:
MPH, POPULAR dan setiap kedai buku, cari di bahagian jahitan dan kraf. Banyak buku ada di situ. Mahu dapatnya secara online pun boleh dengan melayari laman web Karangkraf untuk buku dalam bahasa Melayu. Buku dalam bahasa Inggeris pula boleh didapati secara online di MPH dan Kinokuniya. Ini diantara beberapa tempat yang saya tahu. Boleh buat carian lagi jika buku yang dicari tiada.
Boleh juga google sahaja tutorial menjahit, ramai blogger yang berkongsi kemahiran mereka di blog. Di Youtube pun sangat banyak. Saya lebih suka belajar melalui Youtube kerana lebih mudah untuk faham.

* * * * * * * * *

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Penulisan: Apa Manfaat Yang Saya Perolehi?

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

Ini entri yang ke-44, bermakna ini adalah entri terakhir saya dalam Kelas Asas Blog Dan Penulisan sesi Mei bersama Puan Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR).
Ini adalah kali kedua saya berada di kelas ini. Sebelum ini saya bersama Puan Azura Abdullah, salah seorang pengurus online ABDR. Kali pertama saya mengambil masa sangat lama, hampir setahun juga untuk menyiapkan 44 entri disebabkan saya tidak konsisten dan tidak fokus dengan tugasan. Jadi saya masuk ke kelas ini kali kedua untuk memperbaiki kelemahan saya.

Entri terakhir ini adalah ulasan berkenaan manfaat yang saya perolehi dengan mengikuti kelas ini.

Antaranya;
1. Membiasakan diri menulis catatan harian dengan menulis secara spontan. Membuat catatan apa yang terlintas di fikiran tanpa terlalu memikir ayat yang sesuai atau ayat yang sedap dibaca.
2. Belajar menjadi peka dengan keadaan sekeliling walaupun sekecil-kecil hal. Setiap peristiwa yang berlaku boleh menjadi idea untuk menulis dan menukarkan ia kepada aura positif. Sebagai contoh, hari itu saya catitkan di dalam catatan harian, saya sangat penat mengemas rumah dan apa aktiviti mengemas telah saya lakukan. Dari situ timbul idea untuk menulis entri berkenaan pentingnya menjaga kebersihan, tip rumah sentiasa kemas serta banyak lagi.
3. Belajar menulis dengan laju. Cabaran menyiapkan 44 entri selama 20 hari memaksa diri untuk berfikir, menulis supaya setiap hari ada entri terkini di blog. Walaupun kadang-kadang saya terbabas disebabkan kesibukan kerja. Tapi untuk menyiapkan entri di dalam masa yang ditetapkan memaksa saya berusaha mencari idea untuk menulis. Secara tidak langsung dalam satu hari saya belajar untuk menulis sehingga lima entri.
4. Membuang sifat ‘perfectionist’. Aku mahu sempurna. Tetapi manusia tidak sempurna. Cikgu ajar tulis dulu dan terus publish. Kemudian baru edit mana yang perlu. Jika tunggu sempurna, mahu ayat sedap dibaca sampai bila entri itu tidak akan dikongsikan. Sudahnya ia terperap saja di dalam draft. Macam cikgu cakap nama pun kelas asas penulisan kita belajar asas. Bukan terus menjadi pakar.
5. Belajar menulis dengan ejaan penuh. Menghormati bahasa sendiri. Ejaan penuh memudahkan pembaca untuk membaca dan faham apa yang cuba disampaikan.

Ilmu menulis sangat berguna bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan ini, yang sebelum ini tidak minat menulis pun sebenarnya. Segalanya berubah apabila saya mula mempunyai blog untuk berkongsi minat saya dengan pembaca. Mahu atau tidak saya perlu menulis. Dari situ saya berkenalan dengan Akademi Bekerja Dari Rumah ini.

Selain itu, saya juga belajar bagaimana mempunyai blog yang mesra pembaca dan boleh menarik orang untuk suka membaca di blog kita. Bagaimana mahu membina jenama diri di alam maya dengan memfokuskan minat, kemahiran dan pengalaman kita. Belajar bagaimana menukar pembaca kepada pembeli, secara tidak langsung dapat menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Serta berkenalan dengan jemaah-jemaah ABDR yang lain dengan kemahiran masing-masing yang saya boleh belajar dari mereka.

Paling seronok kelas ini dijalankan 100% secara online dan masa adalah fleksibel. Sangat sesuai bagi saya yang masih bekerja.

Akhir kata saya mengucapkan berbanyak terima kasih pada Puan Masayu Ahmad. Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan. Saya doakan semoga Allah memberi kesihatan yang baik pada Puan dan dipermudahkan urusan untuk terus mencurah ilmu pada wanita di luar sana seperti saya yang mahu kembali menjadi suri rumah dan berbakti pada keluarga, menjadikan rumahku itu syurgaku. Serta diberikan kekuatan pada diri ini untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Aamin.

Simpton-Simpton Ketagihan Membeli Kain

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Kain-kain ini semua dibeli secara online di Etsy. Saya percaya orang yang suka menjahit dia akan ada satu tabiat membeli kain tanpa henti. Tak banyak sikit pun jadi yang penting rak kain dia sentiasa bertambah. Walaupun kadang-kadang beli belum tentu lagi kain tersebut akan digunakan dan belum tahu lagi apa yang akan dijahit.
Membeli kain pun boleh jadi ketagih. Simpton-simptonnya lebih kurang macam inilah;
1. Dia akan tekan butang “See First” pada setiap facebook page yang menjual kain yang dia follow. Supaya boleh dapat notifikasi pantas apa akitiviti yang dilakukan lebih-lebih lagi jika ada giveaway. Siapa tak nak barang percuma.
2. Bila tak menjahit dalam minggu itu dia akan rasa satu kekurangan dalam hidup. Hidup seperti tidak lengkap apabila tidak menyentuh mesin jahit.
3. Setiap kali lepas menjahit, lebihan-lebihan kain yang ada walaupun dah tinggal cebisan kecil dia akan simpan tanpa perlu fikir 2 hingga 4 kali. Jika dah tercampak ke dalam tong sampah boleh ambil balik simpan. Macam menyesal terbuang tadi.
4. Setiap bulan dia akan buat peruntukkan beberapa amaun dari gaji untuk beli kain walaupun belum ada idea projek apa yang mahu dilakukan. Nampak kain cantik saja beli dulu. Nak buat apa fikir kemudian.
5. Timbunan-timbunan kain menjadi satu terapi. Boleh duduk berjam-jam menatap kain berangan-berangan nak jahit macam-macam sudahnya tak ada pun. Apa yang penting kepuasan melihat kain.
6. Walaupun dah ada bertimbun-timbun kain di rak masih lagi cakap saya tiada kain untuk dijahit.
Ini antara beberapa simpton-simpton yang dapat dikenal pasti. Ada lagi yang lebih kronik dari ini?.

Ada Apa Dengan Quotes

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Saya mempunyai seorang kawan yang suka mengumpul quotes ataupun petikan-petikan kata hikmah. Saya juga begitu tetapi tidak sampai tahap mengumpul, saya suka membacanya saja.
Membaca atau mengumpul, apapun quotes itu seperti memberi satu semangat dan inspirasi ke dalam diri ke arah positif. Dari semangat itu lahirnya tindakan menuju ke arah matlamat yang diimpikan.
Kadang-kadang ia juga dapat menceriakan hati apabila terbaca quotes yang bersifat humor tapi yang apa yang dikatakannya benar.
Selain dari itu, pada setiap quoets akan dinyatakan dari siapa quotes itu tercipta. Mungkin sesetengahnya dari insan-insan yang sudah dikenali seperti Albert Einstein, Steve Jobs, Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Prof. Dr. Muhaya dan banyak lagi. Ada juga dari yang mungkin kita kurang kenali. Dari situ kita dapat menambah pengetahuan tentang insan-insan tersohor ini dan apa sumbangannya pada masyarakat.

Antara beberapa quotes yang mampu memberi inspirasi;
“The happiest people do not have the best of everything but they simply make the best of everything.
Live simply, speak kindly, care deeply and love generously.”
– Prof. Dr. Muhaya.
“By being yourself, you put something beautiful into the world that was not there before.”
– Edwin Elliot
“The only way to do great work is to love what we do.”
– Steve Jobs
“Let the beauty of what you love be what you do.”
– Rumi
“Don’t wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect.”
– Zoey Sayward

Katalog Dari Missouri Star Quilt Company (MSQC)

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Ini kali kedua saya terima katalog dari Missouri Star Quilt Company (MSQC). Memang sangat-sangat mencairkan hati seorang penjahit seperti saya ini dengan kain-kainnya yang pelbagai corak. Bertahan, kuatkan semangat untuk menempuh setiap helaian majalah ini. Jika kedainya di Malaysia, tamat sudah riwayat gaji saya tiap-tiap bulan pergi sini sahaja.

Belian untuk $100 kos penghantarannya adalah $25. Jika ditukarkan ke Ringgit Malaysia lebih kurang RM430 tambah kos penghantaran RM108. Jadi jumlahnya RM538. Terbeliak mata tengok. Selalu beli kain setiap bulan tak lebih pun dari RM100. Harap satu hari nanti, mana tahu ada rezeki mampu membelinya.

Dalam majalah ini ada banyak corak kain dan peralatan quilting yang dijual. Serta ada contoh-contoh corak quilting yang telah dihasilkan dari kain-kain ini ditunjukkan di dalam katalog. Setiap kain dan peralatan disertakan sekali kod supaya mudah untuk membuat pembelian secara online. Rambang mata dibuatnya.

Oh ya, bagi yang belum mengetahui mengenai Missouri Star Quilt Company (MSQC) ini, boleh klik di sini ya. Mereka juga mempunyai laman youtube penuh dengan tutorial yang sangat-sangat mudah untuk diikuti. Mahu tahu berkenaan katalog ini boleh baca di sini.

Baiklah. Selamat menjahit semua. Hendak sambung semula membelek-belek katalog ini. Tidak mampu hendak beli, jadi sumber inspirasi pun boleh.

Mahu Tukar Lantai Kayu Untuk Bilik Menjahit

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Akhirnya, tahun ini suami bersetuju juga mengizinkan saya memasang lantai kayu untuk rumah kecil kami ini. Sudah lama sangat menyimpan angan-angan. Suami tak mahu saya membazir sebenarnya.
Saya mulakan dulu di bilik tempat saya menjahit. Sebab di situ saya selalu duduk di atas lantai semasa nak memotong kain. Jadi tak bagus duduk di atas lantai lama-lama. Dalam hati ikutkan nak pasang satu rumah. Perlahan-perlahan dulu ya. Bajetnya perlu difikirkan juga.

Semalam pergi kedai Floor Depot survey harga. Macam nak menangis juga tengok. Saya cuba tanya untuk bilik yang bersaiz 9 kaki x 11 kaki, anggaran kasar lebih kurang RM1300 dan lagi satu jenis RM1200. Lebih kurang sama saja. Dua-dua pun mahal bagi saya. Apapun yang penting sudah tahu berapa bajet yang diperlukan.
Rasanya ada jenama lain lagi selain Floor Depot tapi apa saya cuma nampak di kawasan tempat tinggal saya yang ini saja ada. Kadang-kadang takut juga mahu cari terlampau murah, kualitinya tak menyakinkan. Paling penting tahan lama dan kalis air.

Pernah juga saya pergi di satu pasaraya, ada satu butik yang menjual jenama agak terkenal juga lantai kayunya melending teruk sekali. Betulkah penggunaan ayat melending itu. Kayu-kayu itu ternaik ke atas. Bila ditanya pada staff di situ katanya ada air di bawah. Macam itu pun ada. Tapi saya tak kata dia pakai yang tak berkualiti mungkin tekanan air itu kuat sangat jadinya sampai macam tu.
Kita tengoklah macam mana keputusannya nanti. Tak sabar sebenarnya nak pasang lantai kayu ini.

Pseudonym?. Apakah ini?.

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Terjumpa perkataan ini di dalam satu buku, Pseudonym. Pertama kali baca ingatkan ia adik-beradik dengan bakteria mikroorganisma seperti ameba, protozoa, paramesium dan seangkatan dengannya. Terus keluar subjek sains.
Pseudonym ini memberi maksud nama pena, nama samaran atau nama yang sering digunakan penulis. Cara sebutannya, pseu.do.nym. /’soodnim/.
Tidak tertumpu pada penulis saja, bidang lain juga menggunakan pseudonym.
1. Dr. Seuess. Nama sebenar Theodor Seuess Giesel
2. J.K Rowling. Nama sebenar Joanne Rowling
3. Lewis Carroll. Nama sebenar Charles Lutwidge Dodgson
4. Natalie Portman – Nama sebenar Natalie Hershlag
5. Whoopi Goldberg – Nama Sebenar Caryn Elaine Johnson
6. Vin Diesel – Mark Sinclair Vincent
7. Elton John. Nama sebenar Reginald Kenneth Dwight
8. Ricky Martin. Nama sebenar Enrique Morales
9. Snoop Dogg. Nama sebenar Calvin Cordozar Broadus, Jr.
Di rantau asia juga ada diantaranya; HAMKA, Pak Sako, Keris Mas, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Tere Liye, Andrea Hirata dan banyak lagi .

Petikan Kata-Kata Hikmah Dari Salahudin Al-Ayubi

Teks: Nursuhuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah
Seorang panglima Islam yang disegani. Seorang insan hebat. Pemikirannya juga hebat.

1. Saya meminta kekuatan dan Allah memberi saya kesulitan untuk membuat saya kuat.
2. Saya bertanya tentang kebijaksanaan dan Allah memberi saya masalah untuk diselesaikan.
3. Saya meminta untuk kemakmuran dan Allah memberi saya tenaga untuk bekerja.
4. Saya meminta keberanian dan Allah memberi saya bahaya untuk diatasi.
5. Saya meminta cinta dan Allah memberi saya orang-orang yang bermasalah untuk dibantu.
6. Saya meminta nikmat dan Allah memberi saya peluang.

7. Saya tidak meminta apa-apa untuk diri saya tetapi saya menerima semua apa yang saya perlukan.

Bos Belanja Makan Tengahari Di Kedai Resepi Rahsia

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Hari ini bos belanja makan tengahari untuk kami satu pejabat. Sudah menjadi satu kebiasaan setiap kali menghampiri bulan puasa akan ada makan bersama. Begitu juga selepas raya. Kadang-kadang banyak projek masuk pun bos belanja makan juga.
Selalunya kami makan di Secret Recipe saja sebab itu yang paling hampir dan tak perlu pening fikir pasal parking. Masa rehat pun singkat saja cuma satu jam. Kami akan buat tempahan awal-awal jadi bila sampai saja makanan pun terus dihidangkan.

Saya makan di Secret Recipe ini kalau ada orang belanja atau makan bersama suami saja. Nak kata saja-saja pergi sendiri makan belum ada seru lagi buat masa ini.

Pertama sudah tentu sebab harganya mahal, kedua sebab makanannya tidak membuatkan saya teruja nak rasa berkali-kali. Mungkin tekak ini tekak nak makan nasi dan masakan sendiri saja. Ceewah!. Masak ke ceritanya?. Saya datang Secret Recipe ini untuk beli kek saja bila tiba hari jadi suami. Itu yang mampu saya hadiahkan. Kek tunjuk.
Hari ini saya makan Mozarella Baked Fish dan minuman Hot Chocolate. Setiap kali datang sini saya akan order menu yang berbeza-beza. Masa inilah peluang untuk mencuba setiap resepi. Kalau order makanan yang sama rugilah. Harga untuk menu ini RM22.00 dan air pula RM5.90. Jumlah keseluruhan RM27.90. Kalau hari-hari makan dengan harga macam ini boleh gugur rambut. Sekali-sekala nak merasa bolehlah.

Rasanya sedap. Orang kata buat alas perut sementara makan malam. Sebab macam mana makan pun mesti nak cari nasi juga. Saya kan orang Malaysia. Nasi itu makanan ruji.
Apapun memang sedap. Terima kasih banyak-banyak bos!.