Apabila Sudah Minat Hilang Segala Penat

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdulah

Hari ini cuti umum sempena Hari Wesak. Selalunya cuti seperti ini saya nanti-nantikan sebab ada masa untuk menjahit. Tapi hari ini saya perlu bekerja sejak polisi syarikat hanya mengambil cuti umum tertentu sahaja setahun. Jadi, hanya hujung minggu saja berpeluang untuk menjahit.

Kalau diikutkan memang penat. Waktu cuti adalah waktu untuk berehat apabila lima hari sudah dihabiskan untuk bekerja dari pagi sampai ke petang.

Menjahit ini satu terapi untuk saya. Itu adalah cara saya berehat dan menghabiskan masa. Tiada istilah penat. Lebih letih bila tak buat apa-apa. Suami pun dah faham sangat dengan perangai saya. Bila nampak saya tidak menjahit dia pula yang tertanya-tanya.

Minat mengatasi kepenatan. Apabila berjaya menyiapkan projek jahitan rasa segala penat itu terbayar.

Saya kongsikan beberapa kata-kata hikmah berkaitan minat, hobi atau perkara yang kita teruja lakukan. Kata-kata hikmat ini ibarat bisikan semangat pada diri. Allah beri apa yang saya miliki sekarang asbabnya dari satu kata-kata hikmah yang membuatkan saya bertindak untuk mengejar minat dan impian walaupun mengambil masa yang lama. Diharapkan ia juga memberi suntikan semangat kepada yang membaca. Amin.

“Anything that gets your blood racing is probably worth doing.”
– Hunter S. Thompson

“Our passion is our strength.”
– Billie Joe Amrstrong

“Find what makes your heart sing and create your own music.”
– Mac Anderson

“I would rather die of passion than of boredom.”
– Vincent Van Gogh

“Passion is energy. Feel the power that comes from focusing on what excites you.”
– Oprah Winfrey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *