Buku Oh Buku

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

There is no friend as loyal as a book.”
~ Ernest Hemingway

“Dog is a man’s best friend”. Buku pula adalah kawan baik si pecinta buku. Ke mana saja si pecinta buku pergi, di situ juga ada buku yang setia menemani.

Buku menjadi pendengar setia. Menjadi teman ketawa dan juga teman bersedih. Menjadi teman yang sentiasa memberi motivasi dan kata-kata semangat. Memberi kesedaran dan peringatan ketika terleka.

Setiap kisah dan patah kata pada helaiannya memberi ilmu yang tidak ternilai untuk dihayati dan diamalkan.

Itulah uniknya buku, sahabat setia yang istimewa. Tidak pernah jemu menemani. Sentiasa di sisi si pecinta buku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *