Hasil Jahitan Dari Kain Menjadi Kotak

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Bila hari tak bekerja, mesin jahit mula memanggil-manggil. Jom beraktiviti katanya.

Nah. Siap dua kotak fabrik dari kain cotton. Untuk menyimpan barang atau guna sebagai hiasan. Saiznya 11 cm panjang x 10 cm lebar. Tingginya pula 12 cm dan 15 cm.

Masa menjahit pula lebih kurang 20 minit. Cuma yang mengambil masa nak pilih kain dan nak potong. Itu belum masuk salah ukur dan kena buat balik. Penatnya ya ampun tapi rasa puas bila dapat tengok hasilnya.

Saya jahit ini tengok tutorial dari pak cik Youtube. Nak buatnya pun mudah. Taip sahaja ‘fabric box tutorial’, berduyun keluar. Boleh berDIY sampai pengsan.

Selamat menjahit semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *