Hasil Projek Jahitan Dari Perca-Perca Kain

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Aktiviti hujung minggu hari itu, semasa mengemas almari kain tanpa sedar banyak lebihan-lebihan kain yang telah dikumpul selama ini. Sebabnya masa menjahit rasa sayang nak dibuang walaupun hanya tinggal perca-perca kecil saja.

Jadi daripada simpan sahaja, rasa macam nak buat sesuatu dengan kain-kain ini. Hasilnya dapatlah dua keping alas gelas yang bersaiz 5 inci x 5 inci. Cuma cantum-cantumkan saja perca-perca kain tersebut dan jahit. Ia dipanggil jahitan patchwork. Tak makan masa yang lama untuk hasilkannya.

Nak buat banyak tapi masa tidak mengizinkan. Walaupun hanya perca-perca kecil saja tetapi ia dapat hasilkan sesuatu yang unik dan menarik darinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *