Hiasan Dinding Patchwork

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Sesi cantum-mencantum dan menjahit kain mengikut bentuk dan corak seperti yang dirancang. Alhamdulillah, siap juga akhirnya.

Saiz keseluruhan apabila sudah siap ialah 36 inci lebar x 53 inci panjang. Saiz corak yang berbentuk segitiga itu pula 4 inci x 4 inci.

Sekarang dah boleh gantung di dinding jadi hiasan. Nampaklah berseri-seri sikit dinding rumah.

Teknik jahitan ini dipanggil jahitan tampal cantum (patchwork) sebab kita perlu mencantumkan beberapa kepingan-kepingan kain yang berbeza corak sehingga menjadi satu bentuk yang dikehendaki.

Masa zaman opah kita dulu, kain-kain perca tu disambung-sambung buat alas kaki atau selimut. Tapi sekarang dah boleh buat macam-macam. Sarung bantal, beg, alas meja dan skirt pun ada juga. Bergantung kepada kreativiti seseorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *