Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Quilting

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto kredit: www.sewmamasew.com

Proses menjahit dua lapisan kain yang diletakkan batting diantaranya dan kemudian dijahit menjadi satu lapisan kain yang tebal.

Boleh dijahit dengan menggunakan tangan ataupun mesin jahit. Jika menggunakan mesin jahit, ia mempunyai tapak jahit khas untuk quilting. Jadi jahitan tidak hanya pada jahitan lurus sahaja tetapi corak jahitan boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti sendiri. Sebagai contoh seperti gambar di atas dengan jahitan yang berlingkar.

Selalunya kain pada lapisan pertama menggunakan teknik tampal cantum (patchwork) dan sering digunakan untuk menjahit selimut dan juga beg.

** Saya kongsikan di sini tutorial dari youtube bagaimana teknik quilting ini dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *