Koleksi Hasil Jahitan Beg Jerut (Drawstring Bag)

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca semua.

Bila dikumpulkan semula hasil projek jahitan, banyak juga beg jerut ataupun drawstring bag yang telah saya jahit sebenarnya.

Banyak kegunaan beg jerut ini. Boleh simpan telefon bimbit, alat-alat mekap dan barang elektronik seperti pengecas telefon, MP3, pendrive serta earphone. Mudah dicari bila diletakkan di dalam satu beg. Ia juga mudah dibawa kemana-mana dan bila hendak guna tidak perlu tercari-cari.

Selain itu, boleh juga dijadikan sebagai hadiah kepada seseorang atau juga doorgift untuk kenduri. Cuma ubah ukurannya sahaja dan gunakan kreativiti sendiri untuk hiaskannya nampak lagi menarik dan comel.

Buat sendiri yang mahal nilainya itu.

Ini antara beberapa koleksi projek jahitan beg jerut yang sempat saya simpan.

Beg jerut ini saya jahit untuk dihadiahkan kepada rakan sekerja saya sempena hari jadinya. Dia seorang peminat kucing. Jadi saya gunakan kain bercorak kucing dan membuat bentuk hati pada bahagian hadapan beg ini.

Teknik untuk membuat bentuk hati ini dipanggil ‘paper piecing’. Ia adalah teknik menggunakan kertas sebagai asas dan panduan untuk menghasilkan rekaan yang kita mahu. Kemudian kain akan dijahit di atas kertas tersebut membentuk rekaan yang kita mahu tadi.

Kesemua beg jerut yang saya jahit ini mempunyai saiz yang sama iaitu 11″ panjang dan 9″ lebar bersamaan 28 cm x 23 cm.

Pada bahagian luar beg jerut ini saya gunakan kain linen manakala di bahagian dalamnya pula saya gunakan kain cotton.

Beg jerut di atas juga menggunakan teknik yang sama.

Yang ini pula saya gunakan dua fabrik yang berlainan corak pada bahagian hadapan beg untuk dapatkan corak yang bebrbeza-beza. Kemudian saya hiaskannya dengan lace dan beberapa label yang comel.

Di sini saya kongsikan beberapa tutorial mudah yang boleh diikuti untuk menjahit beg jerut. Semoga ia dapat membantu.

Di antaranya tutorial dalam bahasa melayu;
1. Haida Handmade

Ini pula tutorial dari luar negara;
1. The Creative Place
2. In Color Order
3. The Green Wife

Selamat mencuba dan selamat menjahit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *