Menceriakan Kediaman Dengan Dekorasi Dari Projek Jahitan Sendiri

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah & Google

Jahitan tampal cantum (patchwork), tampal hias (applique), seni quilt, sulaman dan smocking menjadikan hasil jahitan itu unik mengikut kreativiti seseorang. Teknik ini boleh diaplikasikan bersama dalam satu projek jahitan.

Aksesori hiasan seperti sarung bantal, alas meja, alas kaki, hiasan dinding dan pelbagai lagi yang menggunakan teknik jahitan ini dapat memberi penampilan menarik dan ‘rare’ pada kediaman. Ia juga mempunyai nilai seni yang tinggi dengan kehalusan dan ketelitian hasil kerja. Disamping itu mendorong diri menjadi kreatif dalam memilih warna kain dan corak yang sepadan.

Tanpa perlu mengeluarkan duit membeli aksesori hiasan, dengan sedikit suntikan kreativiti menggunakan lebihan kain yang ada kita dapat berjimat dan kreatif dalam menghias kediaman sendiri.

Dekorasi ceria, kediaman ceria, penghuni pun ceria.

Pelapik Cawan
Kotak Fabrik
Sarung Kotak Tisu
Sarung Bantal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *