Pengalaman Membeli Mesin Jahit Apabila Mula Minat Menjahit

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

Bila ada minat menjahit, perlu ada mesin jahit. Betul tak?.
Tapi…

“Mesin jahit jenama apa nak beli?”
“Mesin jahit mana yang sesuai kalau tak pernah langsung menjahit?”
“Mesti mahal, cukup ke bajet?”
“Tak pernah pegang mesin jahit macam mana nak guna nanti?”

Soalan-soalan inilah yang menganggu fikiran saya masa mula-mula hendak membeli mesin jahit dulu. Sebagai permulaan saya cuba membeli mesin jahit yang murah dahulu. Tujuannya hendak belajar serba sedikit komponen asas mesin jahit.

Jadi saya pun membeli mesin jahit Global GSM-338. Harganya saya tidak berapa ingat tapi lebih kurang bawah dari RM100 dan saya belinya di Tesco. Saiznya kecil sahaja dan ringan. Saya belajar cara menggunakannya melalui Youtube.

Global GSM-338

Saya belajar bagaimana memasukkan benang pada jarum dan sekoci serta cara mematikan jahitan. Tapi mesin jahit ini hanya ada jahitan lurus sahaja. Sesuailah untuk orang yang baru belajar menggunakan mesin jahit.

Kemudian bila sudah seronok menjahit, ada hasil dan sudah tahu cara menggunakan mesin jahit, keyakinan mula timbul untuk guna mesin jahit yang lebih canggih sedikit. Tak lama pun saya guna mesin jahit ini dalam lebih kurang sebulan macam tu.

Saya pun mula membuat carian di internet dan akhirnya saya terjumpa dengan laman web LSN Sewing Machines. Sangat berpuas hati dengan khidmat pelanggan yang diberikan. Saya selesa bertanya itu dan ini dan setiap pertanyaan saya dijawab dengan baik. Sangat membantu.

Akhirnya, saya membeli dua buah mesin jahit mudah alih (portable) iaitu Brother NV50 dan mesin jahit tepi Brother 3034D. Alhamdulillah, sudah lebih kurang 3 tahun saya menggunakannya, ia tidak memberi sebarang masalah.

Walaupun pada waktu itu, saya ditawarkan supaya membeli mesin jahit Brother NV950, kerana fungsinya sama seperti Brother NV50 cuma ia mempunyai kelebihan fungsi jahitan sulam. Disebabkan faktor harga yang agak mahal sedikit jadi saya tidak membelinya.

Saya memilih mesin jahit jenis mudah alih (portable) kerana niat saya membeli mesin jahit adalah memenuhi hobi menjahit buat masa ini. Disebabkan ia mudah alih jadi sesuai untuk saya membawanya ke mana-mana, lebih-lebih lagi jika pulang ke kampung. Mesin jahit ini juga mempunyai pelbagai jenis jahitan tidak hanya pada jahitan lurus sahaja, sangat sesuai untuk projek jahitan kreatif.

Brother NV50
Brother 3034D

Tapi jika berniat membeli mesin jahit untuk menjana pendapatan, seperti mengambil tempahan menjahit dalam kadar yang banyak, lebih baik menggunakan mesin jahit jenis industri (high speed) kerana ia lebih laju dan menjimatkan masa.

Saya membeli mesin jahit ini secara online dan pergi ke kedainya yang terletak di Bandar Damai Perdana, Cheras untuk mengambil sendiri mesin jahit ini, walaupun pihak LSN menyediakan perkhidmatan penghantaran. Semasa berada di kedai tersebut, saya telah diajar serba sedikit cara menggunakan kedua-dua mesin jahit ini.

Ada disediakan juga buku manual yang disertakan sekali pada setiap pembelian mesin jahit. Dari situ ada penerangan yang jelas bagaimana cara-cara menggunakan mesin jahit.


Terdapat banyak jenama dan fungsi mesin jahit yang ada di pasaran sekarang. Ada yang jenis mudah alih, ada mesin jahit jenis industri, mesin jahit sulam dan banyak lagi. Harganya juga berbeza-beza. Perlu bijak memilih. Sesetengahnya mempunyai fungsi yang sama tapi harga yang berlainan.

Jika hendak membeli mesin jahit buat pertama kali, adalah lebih baik pergi sendiri ke kedai untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut dari jurujual. Jika tiada masa, di Internet juga boleh mendapatkan maklumat lebih pantas di laman web yang menjual peralatan menjahit, seperti mana yang saya lakukan sebelum ini.

Sebelum membeli pastikan dulu apa tujuan membeli beli mesin jahit ini. Sekadar memenuhi hobi menjahit, membaiki pakaian atau berniat untuk menjana pendapatan dengan menjahit. Supaya kita memilih mesin jahit yang sesuai dengan harga yang berpatutan.

Jika berpeluang mengikuti kelas jahitan ia sangat-sangat membantu. Dari situ kita boleh belajar menggunakan mesin jahit serta peralatannya. Sekurang-kurangnya kita telah diberi pendedahan awal sebelum membeli mesin jahit sendiri. Boleh juga minta pendapat dari guru-guru menjahit di situ kerana mereka sudah berpengalaman. Ini memudahkan kita untuk membuat pilihan nanti.

Ini perkongsian saya melalui pengalaman sendiri. Saya bukanlah seorang yang pakar atau tukang jahit yang berpengalaman untuk bercerita dengan lebih terperinci mengenai mesin jahit. Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Semoga berjaya dan selamat menjahit.

5 comments on “Pengalaman Membeli Mesin Jahit Apabila Mula Minat Menjahit

  1. Sy nk beli mesin jahit..tp xtau nk beli jenama apa & yg portable atau industri….niat nk beli mmg utk mnjana pndapatan tp sy baru belajar menjahit.baru sekali g claz jahitan & belum expert…ad cadangan x sis…

    1. Mesin jahit industri sesuai untuk jana penjapatan. Sebab dia laju dan mampu jahit kain yang tebal macam langsir.

      Portable ni bagi orang yang suka jahitan seni kreatif, macam jahit beg, jahit sarung bantal, patchwork sebab dia banyak corak jahitan. Mesin jahit industri pun boleh cuma dia terhad pada jahitan lurus saja.

      Berkenaan jenama ni terpulang pada bajet kita. Yang penting dia ada fungsi-fungsi yang kita mahu. Pertama kali guna boleh belajar. Tidak perlu risau.

  2. Saya nak let go mesin jahit brothers nv50 dan mesin jahit tepi brothers 3034D.yg pastinya lagi murah dari harga sebenar sekiranya sesiapa berminat boleh contact 0173377933

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *