Hasil Jahitan Skirt A-Line

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Assalamualaikum w.b.t,

Orang perempuan bila memakai skirt nampak lebih ayu dan sopan. Banyak pilihan yang boleh kita dapat dari segi fabrik, panjang skirt, corak dan juga gayanya. Cuma kita sahaja yang perlu pandai memilih untuk disuai padan dengan potongan badan supaya nampak menarik dan yang penting sopan.

Skirt potongan A ataupun dikenali juga sebagai Skirt A-line antara skirt yang menjadi kegemaran saya. Ia dipanggil A-line disebabkan bentuknya seperti huruf A, kembang di bahagian bawah.

Saya buatkan poket di bahagian kiri dan kanan skirt. Kemudian, pada bahagian pinggang saya menggunakan bakrum dan getah.

Di bahagian belakang pula saya gunakan zip sorok. Guna zip sorok nampak lebih kemas dari zip biasa. Kedua-dua skirt ini dari kain jenis cotton.

Skirt A-line ini merupakan projek jahitan hujung minggu saya baru-baru ini. Hasil ilmu jahitan yang dicedok sana sini sikit. Terima kasih saya ucapkan pada blogger atau otai-otai jahitan yang sudi berkongsi ilmu jahitan mereka. Inilah hasilnya. Saya budak baru belajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *