Saya Salah Seorang Peminat Barangan IKEA

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: IKEA

Tahun 2016 merupakan tahun untuk saya dan suami mula konsisten mendekorasi kediaman. Sudah bermula sedikit demi sedikit. Perbelanjaan perlu dilakukan dengan berhemat supaya tidak membeli barangan yang tidak perlu. Kami tidaklah mengimipikan dekorasi yang mewah tetapi cukup mengikut citarasa sendiri yang mahukan dekorasi ringkas, praktikal dan selesa sesuai dengan keluasan kediaman kami yang kecil.

Saya  mulakan dengan ruang di mana tempat paling banyak saya menghabiskan masa iaitu di ‘workstation’. Tempat saya mencari inspirasi untuk menulis blog, mencari idea untuk dekorasi, menjahit dan membuat projek diy pada waktu lapang.

Saya salah seorang peminat barangan IKEA. Rekaan saiz perabotnya dan aksesori perhiasan yang ringkas sangat sesuai dengan keluasan kediaman kami yang kecil. Harganya juga berpatutan dan mampu dimiliki.

Selalunya saya akan senaraikan dahulu barang-barang  yang mahu dibeli, kira jumlah harga kesemuanya dan mula membuat simpanan. Sudah cukup barulah kami pergi ke IKEA dan beli sekaligus. Seboleh-bolehnya kami akan pergi sendiri selagi barang yang dibeli boleh dimuatkan di dalam kereta.

Walaupun ada khidmat ‘personal shopper IKEA’ saya lebih suka pergi sendiri kerana dapat merasai tekstur perabot serta mencari idea dengan melihat dekorasi di showroom IKEA. Melainkan barang-barang itu terlalu berat dan tidak boleh dibawa dengan kereta barulah kami menggunakan khidmat mereka.

Sementara itu bolehlah melayari laman web IKEA di sini cari idea. Tengok beberapa gambar dari IKEA ni pun dah juling-juling mata dibuatnya. Belum lagi pergi ke sana membeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *