Salam Perkenalan

Teks: Nurshuhada Abdullah

Assalamualaikum w.b.t,

Salam perkenalan dari saya, Nurshuhada Abdullah. Seorang isteri, bekerja di firma arkitek dan menetap di Perak.

Mengapa saya menulis blog.?

Apabila saya mula minat menjahit. Jadi saya mahu berkongsi pengalaman dan hasil jahitan dengan komuniti maya yang mempunyai minat yang sama. Sebelum ini, blog ini telah diberi nama ‘Oh Mesin Jahitku’. Diubah kerana perkongsian di blog ini tidak lagi hanya tertumpu pada jahitan saja.

Pada mulanya saya tiada minat menjahit. Semuanya bermula apabila saya berjinak-jinak dalam dunia kraf felt dan seterusnya minat tersebut berpindah ke jahitan pula apabila melihat banyak perkongsian kraftangan yang cantik dan kreatif dihasilkan melalui jahitan di internet.

Selain menjahit saya juga suka mendekorasi. Suka menghias dan mencantikkan sesuatu ruang. Setiap kali melihat pelan rumah mulalah membayangkan bagaimana susunatur di dalam rumah itu. Membaca juga merupakan hobi saya di waktu lapang.

Jadi blog ini merupakan ruang untuk saya berkongsi minat, merekod segala projek jahitan, DIY, kraf dan dekorasi dengan pembaca semua.

Terima kasih sudi mengunjungi dan meluangkan masa membaca di blog ini. Diharap apa yang dikongsikan memberi manfaat dan inspirasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *