Sarung Bantal Dari Kain Panel

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Masih sempat lagi untuk saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha yang telah disambut pada 24hb. September yang lepas bersamaan 10 Zulhijjah 1436 Hijrah. Selamat menjalani ibadah korban.

Minggu yang agak sibuk. Walaupun mempunyai cuti yang panjang, saya tidak sempat langsung menyibukkan diri dengan aktiviti menjahit. Tapi sempat juga curi-curi masa untuk menulis entri pada hari ini.

Hasil projek jahitan saya beberapa bulan yang lepas. Sarung bantal dari lebihan kain panel yang ada. Kebetulan ada banyak lebihan kain panel, rasa sayang pula kalau tidak digunakan. Jadi saya terfikir untuk cuba menjahit sarung bantal.

Sangat mudah rupanya menjahit sarung bantal ini. Tidak sampai satu jam sahaja sudah boleh siap. Sarung bantal ini bersaiz 16 inci x 16 inci dan muat-muat disarungkan pada bantal yang saya beli di tesco.

Bahagian belakangnya pula saya menggunakan kain linen berwarna coklat untuk dipadankan dengan kain panel di bahagian hadapan. Sarung bantal ini hanya perlu disarungkan sahaja, tidak ada butang ataupun menggunakan zip, sebab itu ia mudah dijahit dan tidak mengambil masa yang lama kerana ia ringkas.

(Foto kredit: Etsy) Kain Panel

Kain panel ini adalah kain jenis linen. Satu panel bersaiz 35 inci lebar x 55 inci panjang dan ada enam gambar yang berlainan yang terdapat padanya. Di antara salah satunya yang saya gunakan untuk projek jahitan sarung bantal ini. Yang selebihnya saya gunakan untuk projek jahitan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *