Sarung Kotak Tisu Bercorak Polka Dot

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Selamat berhujung minggu semua. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat dan memberi inspirasi kepada pembaca untuk menjahit.

Hasil jahitan. Kalau diikutkan cara membuat dan menjahitnya mudah sahaja. Tapi saya mengambil masa selama satu hari menjahitnya berulang-ulang kali untuk mendapatkan ukuran yang sesuai. Disebabkan ukuran kotak tisu dari tutorial tidak sama dengan saya punya. Jadi kena agak-agak saja. Alhamdulillah akhirnya menjadi juga.

Memang memenatkan. Tapi kesilapan itu mengajar saya supaya lebih berhati-hati selepas ini dan jangan cepat berputus asa. Cuba sehingga berjaya.

Menjahit ini tidak boleh dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah. Menjahit kena berada dalam keadaan yang tenang, barulah boleh dilakukan dengan baik. Kesilapan dapat dikurangkan dan kain pun tidak membazir.

Lace dan butang yang terdapat pada bahagian atas bertujuan untuk mengelakkan sarung kotak tisu ini dari terbuka.Kain yang saya gunakan pula adalah kain linen.

Sarung kotak tisu ini jika dihasilkan sendiri dapat menaikkan seri dekorasi rumah dengan pemilihan corak kain yang sesuai.

Baiklah. Itu sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi. Selamat menjahit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *