Tempahan Jahitan Sarung Bantal Untuk Hari Pertunangan

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Hari ini saya nak kongsikan hasil jahitan sarung bantal yang ditempah rakan sekerja sempena hari pertunangannya. Dah lama sangat dah ni. Baru sekarang nak update.

Saya bentukkan dan jahit huruf L,V, E dan bentuk hati tu melalui teknik ‘paper piecing’, dengan menggunakan templat huruf yang dibeli secara online melalui Etsy. Dengan adanya templat readymade ni lebih mudah dan menjimatkan masa menjahit. Tak perlu nak melukis templat sendiri.

Perancangan awalnya nak buatkan nama di bahagian yang kena tempek dengan bunga-bunga ni. Nampaknya tak menjadi, jadi saya letakkan hiasan bunga dari biar kosong sahaja.

Untuk bantal yang satu lagi saya gunakan hiasan bunga juga cuma tukar bentuk sikit. Hendak nampakkan perbezaan antara kedua-dua bantal ni. Gitu.

Tarikh pertunangan 7.6.2014. Dah kahwin pun rakan saya ni. Nama ni disulam guna tangan sahaja sebab tiada mesin jahit sulam. Dijahit berdekatan dengan huruf L.

Bentuk hati, menggantikan huruf O pada perkataan LOVE

Huruf V.

Dan yang terakhir sekali huruf E. Siaplah tempahan.

Saya doakan semoga jodoh mereka berdua berkekalan ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *